29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan
tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam
pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai
Sawai, Suai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut
selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa
kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke
dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.
Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26
tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya
berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan