12 Mac 2013

Liwat II: Najib, hang jawab - Anwar

29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab berhubung pendedahan bapa Saiful Bukhari bahawa Fitnah Liwat II adalah konspirasi jahat pihak yang rapat dengan perdana menteri itu.

Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut.

“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya dipetik KeadilanDaily.

Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini.

Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik.

Beliau juga menamakan dua individu yang digambarkan pegawai yang rapat dengan Najib yang disifatkannya dalang konspirasi tersebut.

Tolak bertemu Azlan

Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang pertemuan itu nanti menjadi bahan fitnah oleh Umno.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersyukur selepas Azalan menyatakan kesungguhan mahu meminta maaf kepadanya dan keluarga sebelum bersemuka.

“Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu pegawai khas ... terlibat,” katanya.

Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: