12 Mac 2013

Pakistan langgar ancaman AS, bina paip gas ke Iran

29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


(PERSETUJUAN BERSAMA...Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad mengatasi kekurangan tenaga yang semakin teruk)



ISLAMABAD: Pemimpin Iran dan Pakistan telah merasmikan pembinaan seksyen saluran paip gas yang telah ditangguhkan, bernilai USD7.5billion dan menghubungkan kedua-dua negara tersebut, sekaligus melanggar ancaman sekatan AS.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad melancarkan projek tersebut dengan rakan sejawatannya dari Pakistan Asif Ali Zardari pada satu majlis di sempadan Isnin lalu, menyatakan perjanjian tersebut sebagai tamparan kepada sekatan yang diterajui AS mensasarkan minyak dan gas negara itu.

Kedua-dua pemimpin mengumumkan plak sebelum bersalaman dan membaca doa berharap kejayaan projek tersebut, yang melibatkan 780km seksyen saluran paip di sebelah Pakistan, dijangka menelan belanja kira-kira USD1.5bn.

Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat pada masa negara tersebut menghadapi kes bekalan eletrik terputus yang meningkat dan kekurangan tenaga.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang serius tentang bagaimana Pakistan membiayai projek tersebut dan sama ada Pakistan dapat meneruskan projek ini tanpa menghadapi AS sekatan, yang telah dilaksanakan Washington ke atas Iran kerana program nuklearnya.

Wartawan Al Jazeera Kamal Hyder, yang mellaporkan dari Islamabad, berkata perjanjian dengan Iran boleh "mengakibatkan kerugian yang besar" kepada Pakistan.

"Pakistan juga sangat bergantung kepada Amerika Syarikat dalam senjata konvensional," lapor Hyder.

Tetapi Pakistan juga menghadapi krisis tenaga dan memerlukan gas yang boleh dibekalkan oleh Iran, katanya.

Majlsi Isnin lalu datang hanya beberapa hari sebelum tempoh kerajaan berakhir dan berkemungkinan dibuat untuk meraih undi dengan membuatkan parti pemerintah, Parti Rakyat Rakyat Pakistan (PPP) kelihatan seperti menangani krisis tenaga.

Bangkangan AS

AS telah menentang projek tersebut, sebaliknya mempromosikan sebuah saluran paip alternatif dari medan gas Turkmenistan ke Afghanistan, Pakistan dan kemudian ke India.

Washington juga telah menawarkan beberapa projek penjanaan elektrik dalam Pakistan seperti membantu untuk mengubahsuai empangan hidro.

Iran berkata mereka telah menyiapkan projek saluran paip di bahagian Iran, sepanjang 1,150 km dari medan gas ke sempadan Iran-Pakistan.

Pengaliran gas dirancang untuk mula beroperasi akhir tahun 2014, walaupun hanya segelintir yang berpendapat tarikh tersebut sebagai realistik memandangkan kelewatan yang dialami oleh projek tersebut.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: