Lahad Datu: Ketiadaan ketua Kampung Tegupi di sini, yang gagal
dikesan hingga kini mencetuskan tanda tanya di kalangan penduduk,
termasuk mereka sukar mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini Op
Daulat berikutan kedudukan lokasi perkampungan mereka yang hanya
terletak kira-kira lapan kilometer dari Zon Merah.
Rata-rata penduduk di perkampungan itu hidup dalam ketakutan dan
berlindung di rumah masing-masing kerana tiada arahan dikeluarkan pihak
keselamatan untuk berpindah.
Lebih malang, penduduk mengakui tidak mengetahui di mana ketua kampung mereka sebaik pertempuran bermula 1 Mac lalu.
Penduduk, Adam Ahmad, 29, berkata penduduk bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarga sekiranya pengganas terbabit memasuki kampung mereka.
Penduduk, Adam Ahmad, 29, berkata penduduk bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarga sekiranya pengganas terbabit memasuki kampung mereka.
MOHD Aziz bersama anak saudaranya di halaman rumah mereka.
“Kami tidak menerima sebarang arahan untuk berpindah walaupun sering terdengar bunyi tembakan hampir setiap hari.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan