27 April 2009

Khalid ibn Walid : "saya tidak berjuang untuk 'Umar, melainkan berjuang untuk Islam."

Pada waktu Khalifah 'Umar ibn Khattab menjadi Khalifah, Khalid ibn Walid menjadi Panglima Perang. Ke mana saja ia dikirim pasukannya selalu menang. Sekali waktu pasukan Khalid ada di Asia Kecil. Sebelum menyerbu pertahanan musuh Khalid mendapat surat dari Khalifah, iaitu surat melucut jawatanya sebagai panglima.

Tetapi dalam penyerbuan itu, Kahlid sebagai tentera biasa masih menunjukkan kesungguhannya, bahkan masih berjasa dalam merebut kubu musuh. Waktu ditanya temannya sepasukan: "Wahai Khalid, buat apa engkau bersungguh-sungguh begitu, bukankah engkau telah dipecat 'Umar?"

Khalid menjawab, "saya tidak berjuang untuk 'Umar, melainkan berjuang untuk Islam." Kemudian Khalid minta izin dari panglima yang baru untuk ke Madinah minta penjelasan Khalifahkenapak dia dipecat. Syahdan. inilah dialog secara terbuka antara 'Umar sebagai Khalifah dengan Khalid sebagai bekas Panglima.

Tanya Khalid "Mengapa saya dipecat, apa kesalahan saya?" Jawab Umar"Engkau saya pecat untuk mencegah tiga hal:-

Pertama, untuk Khalifah, Panglima tidak boleh lebih populer dari Khalifah.

Kedua, untuk engkau sendiri, engkau adalah manusia biasa, kalau berhasil terus dalam memimpin engkau akan menjadi sombong.

Ketiga untuk rakyat, rakyat harus dipelihara aqidahnya dan kemusyrikan memuja kepahlawanan kamu."

Lalu Khalid menjawab "Saya terima pemecatan itu dengan ikhlas". Perintah Umar "Engkau sekarang saya tugaskan membantu Sa'ad di pasukan sebelah timur yang sedang mengalami kesulitan melawan pasukan bergajah angkatan perang Parsi."

Maka Khalid dikirimlah ke pasukan sebelah timur. Ia menyarankan kepada Panglima Sa'ad untuk menghadapi setiap ekor gajah perang dengan satu regu pasukan panah. Yang dipanah dahulu adalah penunggangnya. Setelah penunggangnya tewas baru memanah gajah pada bagian yang sensitif.

Khalid sendiri menawarkan dirinya untuk menjadi kepala regu dari salah satu regu pemanah. Taktik Khalid ini berhasil mengalahkan tentera bergajah itu. Karena gajah itu sudah tidak ada yang mengendalikannya, dan kesakitan kena panah, para gajah itu berbalik haluan menginjak-injak tentera berkuda dan kumpulan tentera sendiri di belakangnya, maka kocar kacirlah pasukan Parsi itu.

Ada empat nilai yang masih relevan hingga kini dalam kehidupan berpolitik dan bernegara dari dialog di atas.

Yang pertama, sikap keterbukaan dan keikhlasan, sebab tanpa keterbukaan mudah terjadi kesalah fahaman, yang mengandung bibit perpecahan ibarat api dalam sekam, baik dalam kalangan pimpinan organisasi politik dan negara, maupun antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Yang kedua, kepala negara atau organisasi tidak boleh kalah populernya dari panglimanya. Betapa banyak terjadi perebutan kekuasaan yang dilakukan oleh panglima suatu negara maupun kerajaan dalam sejarah.

Yang ketiga, orang yang selalu mencapai kejayaan dalam bidang apa saja, akan menjadi objek bagi iblis untuk masuk dalam perangkapnya bersifat seperti iblis sendiri, iaitu takbur, menyombongkan diri, baik kesombongan dengan pangkatnya, maupun kesombongan intelek dan jenis-jenis kesombongan yang lain.

Yang keempat, sikap mendewakan pemimpin, taat tanpa batasan, memuja tanpa batas dari rakyat dan ahli organisasi, menyebabkan rosaknya aqidah rakyat , dan pada pihak yang lain pemimpin akan menjadi diktator. Contohnya banyak dalam sejarah seperti misalnya rakyat Jerman yang memuja Fuhrernya, Hitler, sang diktator.

11 ulasan:

mas berkata...

salam drs. khalil.
saya teruja dgn cerita ini. sungguh hebat sekali peribadi mereka yg berjuang kerana ISLAM.

gayour berkata...

assalamualaikum wahai sahabat
kisah kehebatan panglima yang digelar 'Pedang Allah' di medan perang dan para sahabat yang tidak jemu dibaca dan diambil pengajaran.

terima kasih atas perkongsian.

penunggu gunung tunggal berkata...

salam tuan blog.

benar, berjuanglah demi Allah dan Islam - tak kira dalam apa konteks sekalipun. jawatan2 yang direbut hanya mendekatkan pada perhitungan yang maha panjang pada hari kiamat. tetapi ramai yang tidak sedar..

Idham Lim (林川興) berkata...

semua pihak perlu mengambil pengajaran dari kisah diatas...

Tanpa Nama berkata...

jawatan tidak membawa apa2 erti sekiranya kita berbangga diri dengan apa yang kita ada.. paling penting, jalankan amanah yang terletak di bahu masing2 dan telus dalam apa jua perbuatan..

Ir Nizar Jr berkata...

Salam Drs. Semoga Drs akan terus berjuang. Semoga Drs dapat memberikan sumbangan yang lebih padu selepas ini. Bagi kita jawatan adalah tanggungjawab dari Allah. Tanpa jawatan, perjuangan tetap perjuangan. Alhamdulillah, dalam PAS ramai yang masih istiqamah dengan perjuangan. Contoh terbaik buat segelintir ahli-ahli PAS yang masih berperangai seperti UMNO, meminta2 jawatan. TAKBIR!!!!!

Tanpa Nama berkata...

SALAM...

Byk kan lagi cerita2 zaman sahabat utk dijadikan iktibar utk semua....

Cuba YB rungkaikan cerita terbentuknya Syiah, Muktazilah, dan sebagainya..Kerana apa yg saya ketahui, byk pengajaran drpd cerita2 tersebut...Serta cerita "disebalik" tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi....Mungkin rakyat Malaysia yg dahagakan keadilan dlm Islam dpt mengambil pengajaran..Tak mustahil, sejarah lama akan berulang kembali...

1) siapapah pemuda yang bijak 3 bhsa..Arab, Parsi, Turki???? Semasa terjatuhnya kerajaan sebelum Kjaan Arab Saudi skrg...

2) siapa mr henry yang disangkakan berbangsa Arzerbajian??

3)siapa muhamad bin sabahah???

4)siapa muhamad bin sood??

Sekadar cadangan...

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL berkata...

"Tak Makan diPuji,Tak Rebah diKeji"
Bagi mereka yang bekerja IKHLAS kerana ALLAH merupakan satu KEPUASAN ..tetap ISTIQAMAH walau apa pun ujian yang mendatang..

Hasbullah Pit berkata...

Harap dalam PAS, jangan ada sesiapa yang terlalu agungkan Individu, kerana risikonya ialah individu itu mungkin dipecat.

Jadi, sekiranya individu itu terlalu diagungkan, maka individu itu perlu memaklumkan kepada 'peminat'nya supaya jangan agungkannya.

SinaRRasuL berkata...

jawatan bukan utk ditakrimkan...tapi ia adalah ditaklifkan...

Tanpa Nama berkata...

bagus ulasan yb. walau kita dipecat atau diturunkan pangkat, perjuangan Islam tetap diteruskan. Sebaliknya jangan ada sikap membalas dendam kepada orang yang tidak suka pada kita, ungkit mengungkit jasa yang lalu kepada sahabat handai dan bertindak sombong seperti kita sahaja yang bagus. inilah sejahat-jahat manusia.