27 April 2009

Kejutan pemilihan kepimpinan PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 25 April : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin menyaksikan satu kejutan apabila penyadang jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar yang juga Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah tewas kepada Sdr. Bahrain Desa.

Sdr. Bahrain merupakan bekas Ketua Penerangan PAS Parit Buntar dan Pengarah MTD Kuala Kurau. Sementara itu, Haji Harun Hashim mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar setelah menewaskan pencabarnya Haji Ibrahim bin Dahalan.

Bekas Adun Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Sharin mengekalkan jawatan Naib Yang Dipertua tanpa bertanding. Manakala penyadang Ketua Urusan Ulama Ust. Haji Ahmad Ismail tewas kepada Ust. Muhammad Yaakob.

Berita penuh di : http://paritbuntar.pas.org.my

23 ulasan:

PenaKiri berkata...

Kalah pun enta kena teruskan perjuangan. Ana tahu enta berkerja kerana Allah.. bukan kerana jawatan. Moga dengan kekalahan enta, enta berkerja dengan lebih kuat.

mas berkata...

salam drs.,
tahniah wlpn tewas, ada hikmahnya. drs boleh menumpukan sepenuh perhatian kpd DUN Titi Serong. teruskan perjuangan drs. utk memperkuahkan PAS di Perak. saya doakan semoga drs. dan keluarga selamat dunia akhirat.

ZAMRI kecik's berkata...

abang em!? huh! tak sangka sungguh aku.
hebat jugak hang noo...
sebenaqnya aku rapat jugak dengan abang em ni dari aku UMNO lagi.
hahahahaaa....

inilah ketelusan dalam PAS yang tak dak dalam UMNO.

ZAMRI kecik's berkata...

abang em!? huh! tak sangka sungguh aku.
hebat jugak hang noo...
sebenaqnya aku rapat jugak dengan abang em ni dari aku UMNO lagi.
hahahahaaa....

inilah ketelusan dalam PAS yang tak dak dalam UMNO.

Dan berkata...

Kalah dalam tidak bermakna kita sudah gagal dalam kehidupan.

Kita perlu menjadikannya sebagai iktibar dan cari keluar apa sebabnya.

Sekiranya saudara sedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, saya percaya saudara akan berjaya pada hari akan datang!

Selamat menyambut Malaysia Baru :)


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

hisham berkata...

Sabarlah YB. Adalah hikmahnya tu. Paling kurang YB ada lebih banyak masa berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu. Dan bantu YB Nizar kuatkan lagi Pas Perak. Kami semua dah tua sokong Pas. Tak ada jawatan pun. Cuma harap dapat balasan di akhirat nanti!

Musafir Kelana berkata...

Assalamualaikum YB,

Tambah menakjubkan ialah YB sedia dan berlapang dada menerbitkan berita kekalahan YB di dalam blog YB sendiri.

Ini adalah rancangan Allah yg kita tidak bisa menafsirkannya secara terus. Semoga terus thabat di dalam jalan ini. =)

Tanpa Nama berkata...

ala YB walau kalah tetap pejuang yang rajin & terus akan rajin berjumpa rakyat di akar umbi & update berita dlam blog YB ni.....

Terus & terus berjuang....

Betul ler kata Zamri Kechik's PAS mmg telus tak cam UMNO....kita berjuang untuk ISLAM...bkn lain

TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!

muryadi berkata...

Sabar YB. Tentu ada hikmahnya. Teruskan kerja dan perjuangan.

muryadi berkata...

Sabar YB. Tentu ada hikmahnya. Teruskan bekerja dan berkhidmat utk rakyat.

Ya, teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah di atas kekalahan YB.. YB boleh ambil peluang untuk muhasabah diri serta berfikir untuk perjuangan parti yang masih panjang..

anakjatiperak berkata...

Perjuangan menegakkan kebenaran agama Allah tidak ada noktah melainkan maut yang tiba. Kalah dalam pemilihan bukan bermakna kita kalah dalam perjuangan.Jawatan adalah amanah yang perlu dipikul. yang menang jalankan tanggungjawab anda, yang tewas bantu yang menang untuk memastikan kejayaan dikekalkan.TAKBIR...

Tanpa Nama berkata...

YB, kalah dalam perebutan jawatan untuk sesama menegakkan islam tidak apa..TAPI jangan ISLAM yang kalah. Masih ada banyak lagi saluran untuk menyampaikan ISLAM itu..Teruskan perjuangan untuk menegakkan ISLAM sehingga ianya tertegak..atau kita yang kembali mengadap Tuhan yang ESA.

Tanpa Nama berkata...

dlm pas pon berebut kuasa..

patutnya sbg yb depa respek la..

ni tak, yb kena kalih mcm tu ja..

kesian tgk...

Ariffin-Ipoh berkata...

Assalamualaikum....kekuatan bukan pada kemenangan jawatan..kemenangan yang hakiki ialah kemenangan mendaulah ISLAM!..Tidak sempurna hidup seorang muslim jika tiada ujian dari ALLAH.

Rakyat4Rakyat berkata...

Semuanya ketentuan ALLAH swt.
Teruskan berkhidmat utk rakyat.
Kalah dalam pemilihan kepimpinan PAS bukan bermakna kalah dalam perjuangan Islam.

Tanpa Nama berkata...

YB, ini akan menguji samada YB berjuang kerana jawatan atau berjuang kerana Allah SWT.
Teruskan bekerja untuk Islam/ PAS dengan penuh hormat kepada keputusan ahli.
TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Teruskan kerja-kerja dakwah walaupun tanpa jawatan.Kerja2 mengajak manusia mentahuidkan Allah SWT menjadi t/j kita sebagai pejuang Islam.

Anak Perak (PB) Diperantauan
ns

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB,

Alhamdulillah, tiada kalah dan menang dalam menegakan agama Allah. Yang ada adalah amanah. So yang terpilih, jalankan lah amanah yang Allah beri, dan yang tak terpilih beri sokongan padu pada yang terpilih. barulah kerja menjadi mudah. tahniah pada yang terpilih dan yang tidak terpilih.

SinaRRasuL berkata...

tanpa nama 6.25pm....nie ler bezanya...kami berjuang dan hormat bkn kerana dia ada jawatan...

Ingat!!!...jawatan bkn utk kita dimuliakan...tapi ia adalah tanggungjawab dan amanah...

yg dilantik YB mahupun Yg Dipertua...sila jalankan amanah yg telah ditaklifkan...

anakjatiperak berkata...

tanpa nama..pas tak berebut jawatan sebab dalam pas jawatan adalah amanah yang perlu dipikul dan akan dipertanggungjawab di akhirat nanti.Ahli Pas tak minta jawatan tetapi bila dah diberi jawatan, itu amanah berat. Dalam UMNO, jawatan adalah peluang dan kekayaan.itu sebab pengundi muda la ni dah makin jauh dengan umno.depa meluat tengok gelagat berebut jawatan. hang pun tau kan? Lembaga disiplin umno dah buktikan kebusukan politik rasuah dalam umno.Awat tak sedaq2 lagi hangpa ni ha?

Tanpa Nama berkata...

Tapi bagus juga,dalam PKS indonesia,setiap MP akan digugurkan jawatan dalam parti untuk mengelakkan berlakunya bias dalam pemerintahan...ni sepatutnya diamalkan oleh PAS

IRON MASK berkata...

salam....

kepada semua....tak yah nak menyabarkan....ana rasa sebagai YB...tugas utk mendekati rakyat adalah lebih penting....YB Drs Khalil byk hal yg perlu diambil perhatian terutamanya dlm kawasan dun titi serong....ni serupa mcm pengasingan kuasa...sebagai YB....ada tugas yg perlu dilaksanakan....dan mereka yg terpilih dlm AJK PAS parit buntar pun ada tugas juga....so laksanakan tugas yg diamanahkan....jgn hanya mendabik dada menyatakan bahawa jika dipilih dlm pemilihan...maka dia lah yg penting....semua ahli PAS....tak kira ahli biasa, ajk atau YB....mcm ana....ahli biasa jer....yang penting skrg...jlnkan tugas yg diamanahkan dengan sedaya upaya yg boleh....bagi ana....kalau diberikan sebarang tugas...insyaAllah....akan dilaksanakan sebaik mungkin....puaskan lah hati dan diri anda sendiri jika anda nak jlnkan tugas....selebihnya terserah kepada Allah....