14 Mac 2013

Media Filipina dilarang ke Sabah bimbang 'salah lapor'

2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Malaysia dilaporkan telah mengeluarkan arahan untuk melarang wartawan Filipina daripada memasuki Sabah untuk melaporkan perkembangan di Lahad Datu.

Beberapa portal berita Indonesia dan Filipina menyebut larangan tersebut diumumkan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Selasa lalu kepada sebuah stesen radio yang berpangkalan di Sabah pada Selasa lalu.

Zahid dilaorkan berkata keputusan itu dibuat untuk mengelakkan "laporan yang salah" terhadap keadaan yang berlaku di Lahad Datu itu.

Beliau berkata Putrajaya tidak mahu wartawan Filipina untuk "menukar" cerita yang  hanya akan "menjejaskan ketegangan hubungan" antara Putrajaya dan Manila.

Difahamkan sebelum ini, beberapa wartawan Filipina yang sudah berada di Sabah namun tidak pasti apakan tindakan terhadap mereka selepas pengumuman larangan terbaru ini.

Larangan tersebut dipercayai ada kaitan dengan beberapa laporan media Filipina khususnya Philippine Daily Inquirer yang mendakwa pasukan keselamatan bertindak kejam terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Portal itu turut menyebut warga mereka diarah berlari sebelum ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Kementerian Luar bagaimanapun menyifatkan laporan media Filipina itu satu pembohongan dan tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

Laporan tersebut juga disifatkan cuba berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina.

Turut menafikan dakwaan itu adalah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang mendakwa pihak keselamatan sentiasa bertindak secara profesional.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: