17 April 2014

Travelog Idham Lim (15)

18 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

17. Kenangan Dulu2....Rumah usang ini meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis dalam hidup ini. Ianya saya ambil dari koleksi gambar rakan seperjuangan @Adanan Hussin .melihat gambar ini mengamit beberapa kenangan untuk kita kongsikan bersama.

Rumah ini adalah rumah pertama yang dimiliki oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia-Cabang Aceh (PKPMI-CA) dengan disewa oleh pemiliknya warga tempatan yang kami panggil Pak Talib.

Disinilah kegiatan pelajar Malaysia diadakan termasuklah menempatkan Pejabat PKPMI-CA . Kami persatuan pelajar yang di ketuai oleh Abg Ismail mula menyewa disini pada penghujung tahun 1986 dan ia masih disewa sehingga saya dan isteri menamatkan pengajian pada tahun 1992. Rumah dua tingkat ini mempunyai 5 bilik. 4 bilik digunakan untuk tempat tinggal 8 pelajar dengan kapasiti 2 orang sebilik dan satu bilik menempatkan pejabat dan bilik meayuarat PKPMI-CA.


Semasa saya mengadakan kunjungan hormat ke Aceh pada tahun 2011 yang lepas saya mendapati mess pelajar Malaysia sudahpun berpindah ke lokasi lain yang letaknya tidak jauh dari mess asal ini.

Cerita menarik dirumah ini bukan alang kepalang banyaknya. Cuma saya tertarik untuk menceritakan pahit getir sebelum kami tinggal dirumah ini.

Rombongan pelajar malaysia pada Jun 1986 seramai 12 orang tidak salah saya...kami dianggap generasi ke 3 pelajar Malaysia yang datang menuntut ilmu di Aceh. Generasi pertama diketua oleh Arwah Ustz Razali Din berasal dari Merbuk yang juga dikenali sebagai seorang qari yang hebat dizamannya. Beliau berada di Aceh pada tahun 60 an dizaman "ganyang malaya" .

Generasi kedua di ketuai oleh abang ismail, arwah Abg.Sattar, Abg Hanafi, Kak Rahmah Md Isa, dan Abg Karim.

Kamilah generasi ketiga dengan nama yang ana masih ingat terdiri dari saya sendiri, arwah Ridwan Penanti, Abd Munir Kedah, Abg Abbas Penang, Ibtahim Mamat Pengkalan Chepa, Nik Amri Kelantan, Wan Yusof Kelantan , Kamil wakaf Baharu, dan yang lain berjumlah seramai 12 orang.

Pertama kami sanpai di Aceh kami ditempatkan sementara waktu atau menumpang di mess Pelajar IAIN Ar Raniry bersama pelajar Indonesia yang lain. Kami menetap di mess pelajar tidak jauh dari pekan Tungkop yang letaknya sekitar 2 km dari kampus IAIN. Kami disitu sekitar sebulan lamanya sehingga kami habis mengikuti ujian kemasukan dan semuanya lulus untuk menduduki semester pertama. Selepas itu kami balik Malaysia untuk urusan Visa fan kembai ke Aceh dan mula menetap di mess ini.

Seronoknya tinggal sementara di mess IAIN dimana setiap hari kami makan nasi bungkus yang dibeli di pekan Tungkup. Hari-hari awal kami terkejut bila membuka bungkusan nasi yang begitu banyak dan kami rasa tidak mampu menghabiskannya. Malah ada yang kata layak untuk dikongsi 2 orang untuk sebungkus. Namun kerana sudah dilatih begitu kami semuanya mampu melicinkan sebungkus nasi itu apa lagi dibantu oleh sebotol botol besar kicap ABC yang terkenal di Indonesia spai sekarang.

Tinggal di mess sementara juga diuji dengan tiadanya air paip. Kami hanya ada telaga yang airnya lebih keruh dari teh tarik . Kami mandi dan basuh kain dengan menapis air itu terlebih dulu dan memerlukan masa yang lama. Apapun ianya menyeronokkan.

BERSAMBUNG.......

No comments: