12 Jamadil Awal 1431H.
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).
"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.
"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.
Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.
Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.
"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.
Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.
Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.
"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.
Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.
Harakahdaily/-

18 ulasan:
sokong.pas mesti terus berdakwah terutama warga senja yg masih terpikat dgn kain batik pelikat.
Salam.. Diharapkan pihak Pas, Pkr dan Dap dpt bersama2 meneruskan kempen2 sepanjang tahun di dalam kawasan felda amnya. Penduduk di sg. buaya tertipu terpedaya dan dipermainkan setiap kali pilihanraya diadakan tetapi kesedaran tiada di sesetengah kumpulan walaupun ada yg telah celik kerana anak2 yg memainkan peranan untuk bangun menentang kezaliman serta pengkhianatan UMNO selama ini terhadap pengundi2 di Felda2...
Wujudnya Geng Perpaduang adalah titik permulaan lunturnya sokongan dan mencurigakan pengundi kepada Pakatan Rakyat...
Diharap selepas ini, PR menekan SPR sehebat-hebatnya supaya laksanakan tuntutan BERSIH tempohari...
Kalau tak, buat penat PR jealah...
ape pun blh jika pakatan bersatu...
Apa??? Air percuma BN yang bagi??? Kerajaan Selangor perlu turun ke felda-felda untuk jelaskan perkara ni. Jahat sungguh puak2 BN ni..
Sampai menda2 macam ni pun diputaralamkan...
sampai bila umno boleh tipu rakyat...laratke umno hidup dengan menipu
Selamat jalan abang kamal,,brother Alan, ane nathan..PRU 13 nanti jangan harap Mic nak calon hang jadi calon. Langgar Etika parti..ada ka patut jadi calon umno. pilihan parti pun hampeh la hang dapt. ini lah karier terakhir jadi MIC..lepaih ni jadi umno la kau kamal alan nathan
YB boleh tak dapat kan teks khutbah jumaat dato hassan ali di selangor ari tu,,,awat yang jadi kecoh sangat puak umno tu...mungkin dah lama depa tak pi solat jumaat kot. sampai khutbah pun jadi isu..!!!
salam
selagi rasuah dianggap halal,selagi rakyat gemar pada rasuah, sukar PR untuk menumbangkan BN....
salam,
selagi rasuah dianggap halal, selagi rakyat dahagakan rasuah, jangan harap PR nak tumbangkan BN....
fikirkanlah!
salam,
kenapa org melayu tak nak jadi mcm org cina dlm politik.Merka bersatu walau berbeza fahaman politik~!!knp tak tiru diaorg!!!!jgn sampai melayu pupus kalau asyik gaduh sesama sendiri!!!
TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!!
hulu selangor boleh la tipu. pasai orang melayu sana yang pangkah Bn tu dah biru mata..baru tengok Rm 1000. apa la melayu yang pagkah BN tu.
dah kalah tu dah la...tak perlu putar belit kenyataan. kalau BN kalah PRK, takda pun buat apa2 kenyataan.
pertama mantapkan akidah ahli pas kedua tunjukkan dakwah yang baik kepada bukan islam ,PRU 13 insyaallah Ameno dan BE END tumbang!
kita MELAYU dah ada ISLAM untuk bersatu..TAPI UMNO membenci dan DERHAKA pada Islam...sampai kiamat pun MEALYU tak kan bersatu atas dasar BANGSA...
Tanah Felda Sg. Buaya dibeli oleh Syarikat swasta yang telah menutup operasinya. Syarikat tersebut sepatutnya yang menjelaskan pampasan kepada penduduk bukannya kerajaan. Kerajaan tidak ada kena mengena dengan pembelian tanah itu. Persoalannya adakah Najib ada locus dari segi undang-undang utk jelaskan pampasan tersebut bagi pihak syarikat dan jika ada dari mana wang tersebut bakal diperolehi untuk melaksanakannya. Adakah ini satu lagi penganiayaan demi kepentingan politik ke atas penduduk Sg Buaya.
Apa dia nak heran adik dia bukankah tokey bank. Mungkin dari situlah Najib akan korek duit utk bayar penduduk Felda Sg Buaya. "The worst corrupted PM I ever known". Celakaa punya Najib Spenda!
BN guna semua jentera kerajaan labur duit lagi takat menang 1725 tu tk heran kalau sepuluh ribu baru bebaloi macam kita perang bn guna rifalm16 pakatan guna lastik mana adil
Catat Ulasan