20 Mac 2013

Negara tak bankrap oleh Manifesto PR – Musa

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


HABIS semua yang mengatakan manifesto Pakatan Rakyat boleh memufliskan negara mati kutu dengan sepatah komen Tun Musa Hitam, Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia dan bekas Timbalan Perdana Menteri.


Yang mengata negara akan bankrap jika menifesto Pakatan dilaksanakan siapa? Perdana Menteri Najib, mantornya Tun Dr. Mahathir dan beberapa kerat profesor yang tidak diketahui kepakarannya dalam bidang ekonomi.

Akan Najib, Dr. Mahathir dan Muhyiddin itu adalah orang politik yang mengira semua yang dari pembangkang adalah hampas. Mereka tempelak kononnya pada pembangkang, apa saja  dari UMNO dan kerajaan semua tak betul. Habis apa bezanya bila mereka menghampaskan segala yang datang dari pembangkang?

Dari logik itu kedua pihak adalah seri.

Habis yang sang-sang profesor tumpang semangkuk itu mengapa? Sekadar hendak mengesahkan betullah mereka profesor kangkung, bukan profesor halia yang jika airnya diminum boleh memanaskan badan, menendang angin dan mendatangkan tenaga.

Yang dikatakan boleh bankrap itu bagaimana? Justeru menurunkan harga minyak, memberi 20 peratus royalti minyak kepada negeri yang berhak, memansuhkan PTPTN, pelajaran percuma  di semua peringkat, memansuhkan tol secara berjadual dan lain-lain.

Orang Melayu korporat seperti Tan Sri Ali Hashim yang banyak membangun ekonomi Johor dan Syed Ali Alatas, pemimpin Dewan Dewan Perniagaan Melayu tidak memperleceh sangat manifesto itu dan bagi sekalian kaum tidak mengira negatif apa yang kerajaan menunggu cuba utarakan itu.

Mengapa? Dipercayai ia bukanlah satu unjuran yang karut. Tetapi sebagai   golongan yang menjaga kepentingan perniagaan dan peluang yang boleh diraih dari suasana yang ada, mereka menjaga hati orang-orang yang berkuasa kerana ditakuti mereka tak jatuh dalam politik yang bergolak itu.

Tetapi apabila ditanya seorang yang realis dan berfikiran polisitif seperti Tun Musa Hitam, maka dia tidak  teragak-agak untuk menyangkal dakwaan buruk terhadap semangat manifesto itu. Padanya, tidak mungkin negara akan muflis dengan pelan yang dikemukakan itu.

Padanya pihak yang hendak melaksanakan manfesto itu ada unjuran, langkah dan pelan pelaksanaannya bagi menghadapi semua perkembangan.

Bagi bercakap positif tentang kemajuan masa depan lebih bijak  dari bercakap tentang hal-hal yang negatif bagi menjamin keyakinan para pelabur dunia.

Tun Musa adalah seorang ahli UMNO yang tidak pernah tidak setia kepada partinya. Apabila dia berbeza pandangan dengan orang yang berkuasa, dia tidak mahu bersama dengan kekuasaan yang ada tetapi tidak menjadi orang yang desprado menderhaka kekuasaan.

Dia tahu apa orang kata pada kerajaan dan semua Perdana Menteri, dia tidak balun mereka seperti yang Dr. Mahatahir pelupuh terhadap pimpinan Tun Abdullah Badawi. Tetapi apabila orang tanya tentang sesuatu isu dan perkembangan, dia menyatakan apa yang dipercayai tanpa segan silu.

Dia ditanya kerana orang keliru dengan keadaan yang  ada. Tentang manifesto dan tentang kejadian di Lahad Datu. Orang mahukan petunjuk darinya tentang apa yang betul  dalam perkembangan itu. Dia mesti memberikan jawapan yang boleh menghilangkan keraguan dan kebuntuan orang tentangnya.

Kepentingannya ialah supaya orang tahu dan jelas  tentang sesuatu.

Berbeza dengan PM Najib dan timbalannya. Mereka ada kepentingan politik. Jika mereka bercakap jujur tentang manifesto  dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, nescaya mereka jadi pembangkang selepas ini.

Mahathir tidak berani kata positif  tentang manifesto itu kerana benci kepada Anwar lebih dari semua, dan Anwar menang dia akan malu besar. Jika  dia kata positif tentang manifesto itu, sah BN akan tersungkur. Bukan kerajaan akan berubah, sejarahnya akan berubah sama.

Tetapi kalau Najib dan BN menang semula, dia buat sesuatu kepada  Najib  seperti yang dia sudah buat pada Tun Abdullah.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: