8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya
Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) diadakan.
Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali
"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini,
kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian
menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.
Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.
"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.
Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh
perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah
hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi
tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan
Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.
Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan
Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan