LIVERPOOL: Mohamed Salah meledak dua gol ketika Liverpool membelasah pasukan bekas pengendalinya, Rafael Benitez menyebabkan pengurus Everton itu semakin tertekan selepas kalah 4-1 dalam pertembungan tetangga Merseyside.
Skuad Reds hanya menang sekali dalam sembilan kunjungan ke Goodison, namun menguasai sepenuhnya sejak wisel permulaan berdepan skuad Benitez yang kini hanya memungut dua mata daripada keseluruhan 24 membabitkan aksi liga perdana.
Sepakan menakjubkan Jordan Henderson dan Salah pada 20 minit pertama menyebabkan Everton berdepan kesukaran.
Gol Demarai Gray memberikan sedikit harapan buat skuad Toffees sebelum tamat babak pertama.
Namun satu lagi penyudah baik Salah selepas sejam memberikan pemain Mesir itu 19 gol dalam 19 perlawanan sebelum Diogo Jota meledak gol keempat 12 minit sebelum tamat.
Benitez bukanlah pemilihan popular dalam kalangan penyokong Everton sebelum dia mengambil alih berdasarkan sejarahnya menang Liga Juara-Juara buat Liverpool ketika enam tahun berada di Anfield. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan