02 Disember 2021

Lokasi lori, Vellfire dikesan, ada lagi kenderaan dipercayai tertimbus

 Pasukan mencari dan menyelamat menemui Toyota Vellfire yang ditimbus runtuhan tanah. - FOTO BOMBA

Pasukan mencari dan menyelamat menemui Toyota Vellfire yang ditimbus runtuhan tanah. - FOTO BOMBA

BHARIAN.

IPOH: Bukan satu atau dua, tetapi tiga kenderaan dikenal pasti tertimbus runtuhan tanah dalam insiden di Seksyen 27 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) yang dilaporkan tengah hari tadi.

Terdahulu, media melaporkan sebuah kenderaan dipercayai terperangkap akibat ditimbus tanah dalam kejadian itu sebelum bomba memaklumkan setakat jam 6.39 tadi, kejadian membabitkan sebuah lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire.

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Lokasi lori tertimbus berjaya dikesan jam 5.30 petang dan bomba memberitahu terdapat seorang lelaki di dalam lori berkenaan, namun keadaannya masih belum disahkan oleh polis.


- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Setakat jam 7.52 malam, kenderaan kedua iaitu Toyota Vellfire dijumpai tertimbus yang difahamkan berjarak antara 10 hingga 20 meter daripada lori yang ditemui lebih awal.

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Jurucakap bomba memberitahu, masih tidak dapat dipastikan bilangan sebenar mangsa yang berada dalam MPV berkenaan setakat ini.

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Bagaimanapun, setakat jam 8.14 malam, bomba melaporkan terdapat tiga kenderaan terperangkap atau tertimbus dalam insiden itu dengan kenderaan terbaharu dikesan adalah sebuah lagi kereta dan operasi mencari serta menyelamat masih dijalankan.

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Operasi disertai 110 anggota keselamatan, iaitu 31 anggota bomba, 31 dari Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), 33 anggota polis serta daripada lain-lain agensi berkaitan.



- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

- FOTO BOMBA
- FOTO BOMBA

Tiada ulasan: