12 Disember 2013

Senator bimbang teknologi hakis hubungan kekeluargaan

8 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Seorang senator bimbang kecanggihan teknologi yang berorientasikan hiburan seperti iPhone dan komputer tablet boleh menghakis nilai kemesraan kekeluargaan.

                
Senator Datuk Lim Nget Yoon berkata meja makan sepatutnya menjadi tempat anggota keluarga bermesra, kini keadaan itu sudah berubah apabila golongan muda lebih berminat untuk bermain dengan alat teknologi.
               
"Orang (muda) akan fokus kepada telefon bimbit semasa menunggu makanan. Mereka tidak bercakap dan mata mereka tidak bertemu dengan mata orang tua.
               
"Sekiranya keadaan ini berterusan, apakah yang akan terjadi kepada generasi akan datang," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara semalam.
               
Beliau turut menggesa cadangan menaikkan tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikaji semula agar ia tidak membebankan rakyat. 

- Bernama

Tiada ulasan: