20 Ogos 2011

Israel-Palestin saling menyerang

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TENTERA Israel membedil sebuah terowong penyeludupan di Rafah, selatan Genting Gaza semalam.

BAITULMUQADDIS - Para pejuang Palestin semalam melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel semalam.

Jet-ket tentera Israel turut melancarkan serangan di beberapa wilayah di Palestin.

Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap beberapa buah kenderaan di sebatang jalan raya di selatan Israel.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang terbunuh iaitu enam orang awam dan dua lagi anggota pasukan keselamatan Israel.

Pihak Israel kemudian melancarkan serangan balas menerusi serangan udara yang menyebabkan lima orang palestin maut.

Lima orang itu merupakan anggota Jawatankuasa Penentangan Popular.

Seorang pemimpin kumpulan itu turut terbunuh.

Semalam, para pejuang Gaza melancarkan 10 serangan roket ke Israel dengan salah satu serangan itu ialah bandar Ashkelon.

Namun salah satu serangan roket itu berjaya dipintas menerusi sistem antipeluru berpandu Israel yang baharu.

Satu lagi serangan roket pejuang Gaza menyebabkan enam penduduk Israel mati di pelabuhan Ashdod. - Agensi

Tiada ulasan: