Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin
seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Ngeh Koo Ham dengan jiwa
besar. Sebagai sebuah Parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada
parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada
kewajarannya.
Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk
menyatakan pendirian terutama dalam isu sensitif yang melibatkan peribadi Nabi
Muhammad SAW. Sebagai umat Islam kita wajib menyatakan bantahan kita terhadap
penghinaan yang dilakukan dan demonstrasi yang bakal dilakukan esok sebenarnya
terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh
Nabi Muhammad SAW. Bahkan, umat Islam bertanggungjawab membela dan mengorbankan
nyawa dan harta sekiranya diperlukan untuk memastikan maruah Islam tidak
diperlekehkan oleh musus-musuh Islam.
Namun begitu, sebagai parti pemerintah, sekadar berdemokrasi
sebenarnya tidak memadai buat UMNO
kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu. UMNO perlu
menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang kononnya membela umat Islam
dan Melayu di Malaysia.
Muhammad Ismi Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan