02 Julai 2010

Azan dan Iqamah

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H

Azan dan Iqamah adalah sunat bagi solat fardu. ianya sunat samada solat bersendirian atau jamaah. samada solat tunai atau qada.

-sekiranya dihimpunkan beberapa solat fardu yang qada ataupun tunai maka hendaklah azan untuk solat yg pertama dan iqamah sahaja untuk solat-solat fardu berikutnya.
-perempuan hanya disunatkan iqamah.
-solat sunat berjemaah seperti solat hari raya disunatkan kata as-Solata Jamiah.
-Syarat sah azan adalah masuk waktu melainkan dua keadaan:

1. Solat subuh boleh azan pertama sebelumnya yang bermula waktunya dari tengah malam.
2. Solat Jumaat boleh azan pertama sebelum masuk waktu.


-disyaratkan juga melaungkan kalimah azan mengikut tertib dan juga berterusan(tidak berenti lama) dan dengan bahasa arab.

-hendaklah azan tadi didengari sebahagian hadirin kalau solat itu berjemaah. Kalau solat seorang maka cukup tukang azan yang dengar.

Syarat muazzin ada 3: 1. Islam. 2. Sudah mumayyiz. 3. Lelaki.

Makruh-makruh dalam Azan:

1. memanjangkan azan.
2.cakap yg sedikit.
3. tidak menjawab azan.
4. azan duduk atau sedang menaiki kenderaan melainkan bagi org musafir.
5. tukang bang yang fasiq, budak kecil, berjunub, berhadas atau tidak mengadap kiblat.

Sunat-sunat dalam azan:

1. Tartil.
2. Tarji'(membaca perlahan 2 kalimah syahadah sebelum membacanya kuat)
3. Tathwib (as-Solatu khairum minan naum) pada waktu subuh.
4. Menggerakkan kepala ke kanan ketika melaungkan (hayya alas solah) dan kekiri ketika Hayya alal falah.
5. sunat letak satu jari di telinga kanan dan kiri ketika azan sahaja. 6. Sunat menjawab azan dan membaca selepasnya.

rujukan: Minhajul Qawim oleh Ibnu Hajar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Ustaz,
Berapa lama masa antara azan dan iqamah. kadang-kadang bilal terlalu cepat iqamah sampai tak sempat nak sembahyang sunat qobliyah