MARANG – Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan,
melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan
terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik
adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum
kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu
berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah
manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu
dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk
membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala
Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis
berdekatan.
“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.

Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini
dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan
melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam
dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga
mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada
Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi
berkenaan dalam bilik tidurnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan