|
GENEVA - Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton
dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu
lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe
yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma
Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan
mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma
berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan
oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu
lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi
seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan