QATAR:
Pembangkang Syria akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang mendalam
antara mereka dan menyokong pemimpin baru dalam pakatan yang diharapkan
oleh Barat dan Arab dapat menjatuhkan kerajaan Syria dan mengambil alih
pentadbiran negara tersebut.
(Mouaz al-Khatib, seorang aktivis dan imam, dipilih untuk menerajui kumpulan pembangkang)
Selepas beberapa hari rundingan dijalankan di Qatar di bawah pengawasan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil kumpulan termasuk kumpulan penentang, kumpulan pembangkang veteran dan minoriti etnik serta agama bersetuju Ahad lalu untuk menyertai kumpulan baru yang membentuk kerajaan dalam buangan.
Mereka secara sebulat suara memilih pemimpin reformis Damsyik, Mouaz al-Khatib, sebagai presiden.
Khatib, 50, dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali kerana mengkritik Bashar al-Assad, presiden Syria. Beliau akhirnya hidup dalam buangan tahun ini.
Khatib, seorang pendakwah yang pernah menjadi imam di Masjid Umayyah di Damsyik, segera menyeru kepada semua askar untuk berhenti dari menjadi tentera Syria dan juga menyeru kepada semua kumpulan untuk bersatu.
"Kami menuntut kebebasan untuk Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismail [Syiah], Kristian, Druze, Assyria dan hak untuk semua rakyat Syria," katanya.
harakah/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan