12 November 2012

NgO anti Lynas failkan rayuan

27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUANTAN: NgO 'Selamat Malaysia, Hentikan Lynas' (SMSL) telah memfailkan rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini yang membenarkan projek Lynas diteruskan melalui pengesahan Temporary Operating License (TOL).

Peguam kepada SMSL telah memfailkan penangguhan sementara sekali lagi (interlocutory interim stay) kepada TOL Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan Jumaat lepas.

Pendengaran kes ini dijangka akan dibuat pada hari Rabu, 14 November ini.

Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini mengesahkan TOL yang diperolehi oleh Lynas selepas digantung buat sementara oleh Mahkamah.

Ketika membuat keputusan itu, hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan, isu kesihatan dan keselamatan yang tidak boleh diperbetulkan adalah terlalu awal (premature) untuk diputuskan.

Pemohon kepada penangguhan lesen TOL itu, Tan Bun Teet dalam kenyataannya berkata, isu radiasi dan bahan buangan merbahaya dari kilang ini bukan isu yang boleh diambil mudah.

"Lynas akan mengeluarkan jumlah bahan buangan toksid yang sangta banyak, sedangkan kilang ini tidak mempunyai pelan yang selamat untuk membuang bahan buangan merbahaya ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

harakah/-

Tiada ulasan: