15 September 2010

Umno dicabar tukar jadi Pekembar

5 Syawal 1431H.

PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris.

Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - Pekembar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar.

Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasis menjadi agenda utama sejak awal. Dato' Onn pernah hendak jadikan UMNO praktikkan ia adalah milik semua bangsa seperti Gagasan 1
alaysia kini tapi cadangan belia tidak dipesetejui. Lalu sikap perkauman berterusan selama lebih 5 dekad serta para pimpinannya masih berada dalam kepompong pemikiran yang kolot! Rakyat kini dah makin cerdik!

Tanpa Nama berkata...

nak lagi ubah nama jadi PERKAUMAN

Tanpa Nama berkata...

rasis,bongkak,materialistik,hipokrit dan sealiran denganya.bila mereka nak sedar atau tenggelam dalam kemewahan dan lifestyle barat.

haluankiri berkata...

Ada khbr angin ... ini khabar angin jer. mcm angin kat luar tu ... think tank UMNO.. sdg 'menebang' dan bakal ;menebang' ranting dan dahan yg buruk dlm UMNOO ... adakah .. siapa yg UMNO akan ketengahkan mjd 'mr clean' pun .. tak tau ... sbb tak dak sapa pun ... UMNO .. tahu mereka tak dpt hidup lama .. jd pakat berebut harta sepeninggalan mereka .. bukan harta sepencarian .. aku nie.. dan rakyat yg cintakan keadilan diluar nie.. mmg dah tak mau UMNO .. mai pi la mcm mn rupa dier.. pekembar ker ,, pekempis ka .. perkasa ka .. SAY No to UMNO