6 Syawal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar
Setinggi tahniah diucapkan kepada Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan yang baharu berkuat kuasa semalam. Perlantikan ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan tetapi seluruh umat manusia yang rindukan kedamaian dan ketenangan.
Tahniah juga kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendapat Sultan baharu yang sudah tentu memberi sinar baharu kepada pembangunan negeri Kelantan. Pemasyhuran ini mampu memberi semangat baharu kepada pemerintah untuk menjanjikan keselesaan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Seterusnya tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan kerana kalian telah mendapat Sultan yang berjiwa rakyat yang pastinya dekat di hati rakyat. Atas kurniaan Allah ini, rakyat sepatutnya berdoa kepada Allah agar Sultan Kelantan diberi petunjuk dan pimpinan untuk mentadbir Kelantan berdasarkan roh Islam.
Sejak Sultan Ismail Petra gering lebih setahun negeri Kelantan dilanda pelbagai ujian dan fitnah yang boleh menjatuhkan nama baik institusi kesultanan Kelantan, sekali gus menggugat kesetabilan kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz. Dalam keadaan itu, wajar pimpinan baharu dilantik. Oleh sebab itu Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.
Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.
Saya yang pernah belajar di Kelantan selama enam tahun mengambil kesempatan ini untuk doakan kesejahteraan Sultan dan negeri Kelantan dan dilindungi Allah daripada bala dan fitnah.

3 ulasan:
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana rakyat Kelantan telah mendapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada Sultan dan rakyat Kelantan.Amin.
Lebih syukur lagi kalau kita mendapat seorang raja yang berJIWA HAMBA.
Mudah-mudahan Perak juga akan dapat Sultan yang berjiwa Islamaik macam Sultan Faris Petra
Catat Ulasan