09 Julai 2013

Pemuda pas gesa tarik balik pelantikan Azeez

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Abdul Azeez Abdul Rahim

Abdul Azeez Abdul Rahim
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan menarik balik pelantikan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ekoran memiliki rekod yang buruk dalam pentadbiran syarikat.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata Tabung Haji sebelum ini telah menghentikan pelantikan pengerusinya daripada ahli politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Menurutnya, Abdul Azeez juga mempunyai rekod yang tidak baik apabila projek  perladangan Tabung Haji mempunyai masalah sekali gus menimbulkan kebimbangan dengan kredibilitinya untuk menguruskan dana.

"Beliau dilihat tak layak dan memegang amanah tersebut di mana yang pertama beliau adalah ahli politik. Ia memerlukan integriti dan ketelusan untuk menguruskan dana.

"Tabung Haji melibatkan dana umat Islam dan dana orang miskin yang mencarum hampir jumlah 60 bilion. Kerajaan perlu pandang serius perkara ini jangan hanya melantik sesiapa sahaja.

"Lagipun beliau mempunya 'track rekod' yang tidak menunjukkan yang beliau benar-benar berkelayakan," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen,  hari ini.

sinarharian.com.my

Tiada ulasan: