29 Disember 2013

2 terbunuh, 147 anggota Ikhwan Muslimin ditangkap

25 Safar 1435H. [MOD] - 
HARAKAHDAILY
MESIR: Sekurang-kurangnya dua terbubunuh dan 147 anggota Ikhwan Muslimin ditangkap tentera kudeta Mesir ketika menyuraikan himpunan para penyokong Presiden Dr Mohamed Morsi semalam.

Dalam perhimpunan Jumaat semalam, tentera kudeta didakwa menyerang peserta himpunan yang berkumpul di beberapa buah bandar.

Menurut saksi, dua yang terkorban masing-masing di bandar Samanoud di pusat wilayah Minya dan di bandar utara New Damietta, lapor agensi berita Anadolu.

Kementerian Dalam Negeri negara itu mengesahkan penahanan 147 orang yang 28 darinya  adalah wanita.

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi dari pihak keselamatan berhubung jumlah yang terkorban tersebut.

Kenyataan kementerian berkata penunjuk perasaan telah ditangkap kerana " merusuh, menyekat jalan raya dan menyerang rakyat dan anggota polis dengan senjata api. "

Perhimpunan semalam adalah sebagai tindak balas kepada seruan oleh Perikatan Kebangsaan bagi Mempertahan Legitimasi, iaitu blok sokongan utama Morsi, untuk protes selama seminggu.

Pada Rabu lalu, kerajaan Mesir yang disokong tentera kudeta mengisytiharkan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, sebagai " kumpulan pengganas. "

Pengisytiharan itu dibuat selepas insiden letupan di ibu pejabat keselamatan di bandar Delta Nil yang membunuh 16 orang, kebanyakannya anggota polis.

Tiada ulasan: