29 December 2013

Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun

25 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.

Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.



Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling  tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup .

No comments: