22 Jun 2009

Banner protes ust. Nasha di Bachok, tindakan pihak tidak bertanggung jawab.

Merujuk kepada posting dalam Terengganu kite dan beberapa blog yang lain, saya mengambil jalan pintas untuk mendapatkan pengesahan langsung dari ADUN Tawang, Ust. Hassan mahmood kerana banner yang digantung itu antaranya di persimpangan jalan tidak jauh dari rumah ADUN tersebut.

Beliau menjelaskan banner sekitar 10 keping itu dipasang secara serentak oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sekaligus menafikan sekeras-kerasnya melibatkan ahli dan penyokong PAS.

"Ini kerja orang yang ingin mengambil peluang dalam Isu yang sedang hangat diperkatakan " ,Tegasnya dalam kenyataannya melalui talipon sebentar tadi.

5 ulasan:

nora Othman berkata...

tak parut macam ni pun ambil kesempatan .biarkan lah bila dah sejuk baik lah semula. macam dalam rumah tangga suami marah ke bini kerana silat ,nasihat lah dahulu jangan gaduh nak cerai...............

Tanpa Nama berkata...

saya cuba pergi tengok banner tak dak pon ini provokasi BN nongkong

Tanpa Nama berkata...

kalu suka jangan terlalu memuja,kalu tak suka jangan terlalu mengeji,bersederhanalah,itu yg Nabi SAW pesan

zakwan berkata...

Saya tak terkejut kalau ini adalah provikasi BN utk menjejas kredibiliti Uztaz Nasha

Saya tak terkejut kalau penyokong atau ahli PAS yg meletakkan banner2 tersebut,menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti mereka yg ingin melakukan khalwat dgn parti syaitan UMNO

Saya tak terkejut kalau Uztaz Nasha keluar PAS dan masuk UMNO terpesone dgn perjuangan nasionalisme DS Najib

sb dehlawi berkata...

saya tak fikir umno yang gantung. itu memang org pas gantung kerana mereka meluat dengan sikap nasharuddin yang pro UG. tengoklh sehingga kini dia belum lagi telipon TGNA untuk leraika keadaan . Apakah dia berasa lebih hebat dariapada tGNA?