dari blog bypass308.blogspot.com
KISAH PERTAMA:
oleh Nik Hassan Azmi
Polis mengepung tapak majlis makan malam anjuran DAP dan merampas peralatan pembesar suara di Klang.
Puluhan anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu Tinggi, dimana sebuah jamuan makan malam dianjurkan bagi mengutip dana untuk parti berkenaan. Lebih 3,000 dijadulkan hadir.
Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.
Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibu pejabat polis Klang.
"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," kata beliau.
Menurut Charles pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.
Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".
"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.
"Serangan pengganas? Tidak. Cuma kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.
KISAH KEDUA:
oleh Pendikar Gunung Kriang
Anehnya undang-undang 1Malaysia ni....makan pun menjadi satu kesalahan! Sudahlah berhimpun tak boleh, memberi ceramah tak boleh, memberi pendapat menyanggah keyakinan pemimpin tak boleh, berpiket tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh, sampai makan pun tak boleh?
Sampai bila hanya melakukan maksiat boleh,hanya berjudi boleh, hanya meminum arak boleh, hanya menerima rasuah boleh, hanya memberi rasuah boleh, hanya berdusta boleh....hanya membuat benda-benda buruk saja yang boleh? Aduhai 1Malaysiaku!

4 ulasan:
Kisah kedua tu ade tersalah sket.
"hanya menerima rasuah boleh, hanya memberi rasuah boleh"
yg sebetul2 nye geng2 umno jek leh. kalo geng pembangkang wat, sekelip mata jek SPRM smpai. kan?
kalo geng2 umno wat, makan mase gak nak sah kan kes, nak kes tu jadi kes. kalo x, senyap jek la SPRM.
Polis harus professiona dalam menjaga keselamatan negara. Polis dan tentera tidak boleh main politik. Ini adalah sebahagian dari amalan demokrasi yang bertamaddun. Jika polis dan tentera bermain politik seperti diThailand, Myanmar, Filipina dan Indonesia rakyat tidak akan bebas dan sentiasa dihantui oleh kemungkinan rampasan kuasa. Polis dan tentera diberi senjata untuk menjaga ketenteraman awam supaya rakyat bebas hidup tanpa ancaman musuh luar atau samseng dalaman.
Proses politik mestilah dibiarkan berjalan seluas mungkin selagi tidak berlaku huru hara. Kita mesti mencontohi negara yang maju dan lihat kebebasan yang diberikan kepada rakyat mereka. Kemerdekaan negara mestilah dinikmati seluruhnya bukan hanya setakat bebas dari diperintah oleh kuasa luar tetapi kuasa dalam memerintah secara diktator dan kejam.
Kita tak mahu negara kita jadi macam apa yang berlaku diIran sekarang. Tahap kesabaran rakyat akan hilang jika terlalu banyak sekatan dan penyelewengan berlaku. Ini juga akan membawa campur tangan kuasa luar yang mana menunggu saja untuk mencengkam kita.
Menteri-menteri yang bertanggung jawab terhadap pasukan keselamatan dan ketenteraman awam mestilah prihatin tentang implikasi tindakan diluar batasan demokrasi.
Banyak kah agaknya bayaran overtime polis ni. Cuma nak tahu sebab wang itu wang yang datang dari rakyat.
polis pun tak boleh percaya lagi....
Catat Ulasan