Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.
Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.
Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.
Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.
Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.
Santiago berkata, beliau tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasannya.
Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.
Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.
Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".
"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.
"Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.
Kejadian hari ini mempunyai persamaan dengan tindakan polis terhadap majlis makan malam DAP di Sitiawan pada 16 Mei lalu di mana polis melarang tayangan DAP mengenai kekecohan yang berlaku sewaktu sidang DUN Perak yang lalu.Malaysiakini.

3 ulasan:
norma malaysia hari ini:
- Polis susah nak bagi permit (khas untuk pembangkang)
- Polis suke menarik permit yg telah dibenarkan (khas untuk pembangkang)
penah dgr polis tarik permit puak2 BN ke ek mase diorang wat program. kalo ade pn, jarang la. Yg ni siap bawak meriam air lagi, macam nak g perang. orang nak makan jek tu...
demokrasi ni maksud die dari rakyat, kepada rakyat. kerajaan kena berkhidmat untuk rakyat. tp skang 'dari kerajaan, kepada kerajaan' pulak.
nak makan pn kena halang. ksian orang2 yg terlibat. nasib baik last2 dapat gak makan, yg cancel ceramah jek. lapar orang2 yg terlibat tu menunggu taw.
Apa apa saja yang dianjur oleh PR polis cukup takut kenapa? ..............
Pasukan Polis,aggota polis dan individu polis akan terselamat dari ancaman dan melakukan kezaliman,kekerasan,kerakusan,kebiadaban dan segala bentuk kemugkaran jika negara Malaysia diperentah dengan keadilan Islam,contohnya di Kelantan,walaupun tidak semua kemungkaran dan ketidak setabilan sosial dapat diatasi namun jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperentak oleh UMNOBN Kelantan masih ditahap rendah,itupun Kelantan masih di bawah pengaruh Kerajaan Persekutuan yang mugkar.
Polis adalah insan yang diperentah,ia akan mengikut perangai pemerentah atau menteri-menteri yang memerentah,jika menteri berperangai syaitan dan iblis polis juga akan mengikuti perangai dan arahan mereka.
Jika Islam memerentah,polis juga akan mengikuti peraturan Islam,oleh sebab Islam itu adil polis juga akan berlaku adil dalam segenap segi kearana meraka takut azb di akhirat,tambahan pula pemerentah dan sebahagian pemimpin benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah.
Di Kelantan umpamamanya,pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan sentiasa menentang pemimpin Islam PAS dan ahli-ahlinya,tetapi ababila mereka ini bersara,mereka ini berdyun-duyun meghadiri dan mengikuti kuliah TGNA di Markaz PAS Kota Bharu dan menzahirkan terang-terang bahawa mereka menyukong PAS,tanpa takut kepada Ketua Pegawai Kerajaan Persekutuan yang sentiasa menjadi sepai untuk mengambil tindakan menukar mereka ke pendalaman.
Saya menyeru pejuang Islam dan ahli-ahli PAS beristiqamahndan berjuanglah dengan harta dan jiwa untuk menubuhkan Negara Malaysia tercinta dengan keadilan Islam dan keadilan sejagatbzgi menyelamatkan aqidah dan dan kemungkaran yang berleluasa..Amin.
Catat Ulasan