10 November 2009

Presiden PAS Arah Guna IT Lawan Persepsi Buruk

SHAH ALAM, 8 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.

"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.

Saranan Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat.

Ianya mempunyai tujuan serupa iaitu membentuk kumpulan blogger PAS bagi menangkis fitnah di alam maya.

Selain itu ianya juga diharap mampu berdepan serangan 'cyber trooper' parti lawan.

HarakahDaily.Net/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu lawan dengan sesiapa, perbetulkan keadaan, salah dan silap serta teguran hendaklah diterima dengan hati yang terbuka.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita maju kehadapan rakyat akan tengok dan nilai kita, begitu juga jika kita mundur kebelakang...

Tanpa Nama berkata...

Suara rakyat boleh menaikkan kita, dan suara rakyat boleh menjatuhkan kita dengan izin allah...

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu serang pihak yang membuat teguran kepada kita, orang yang dibawah tidak semestinya salah, dan kita diatas tak semuanya betul...

Tanpa Nama berkata...

buat betul mcmana pun kalau hanya pasif dgn perang saraf UBN, x guna jugak. lunyai jugak PR.

kita x boleh tolak dengan kebangkitan IT. saluran inilah di antara menyumbang terbesar kpd kemenangan besar PR yg lalu dgn izin Allah.

takkan org bantai kita dgn peluru bertubi2 kita hanya bertahan dgn periuk belanga??

PR KENA ADA PAKAR PERANG SARAF & PAKAR IT. ini sbg aset tambahan.