23 Rejab 1431 H
Oleh: Roslan SMS
Utusan Malaysia terus memainkan percanggahan pandangan antara PAS dan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam. Hari ini ditonjolkan pula reaksi balas Pengerusi DAP itu apabila beliau berkata PAS mesti menghormati DAP berhubung pendirian parti itu yang menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.
Di dalam ruangan Rencananya Sdr Zulkilee Bakar memainkan semula ucapan Tok Guru Nik Abd Aziz semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu di mana Tok Guru pernah berkata: “Di dada Karpal ada bulan….” (merujuk kepada jaket simbol ketiga-tiga parti yang digunakan pimpinan PR ketika itu).
Apa pun jelasnya DAP menolak Negara Islam dan PAS konsisten memperjuangkan konsep berkenaan.Soalnya Umno bagaimana? BN bagaimana?
Saya mengemukakan persoalan ini kerana Umno dan BN seteru politik PAS dan DAP. Apabila organ Umno, iaitu Utusan memanaskan isu yang bukan isu ini sudah pasti Umno khasnya dan BN mahu menangguk di air keruh.
Bagaimana Umno dengan Negara Islam? Adakah Umno menyokong dan mempertahankan konsep Negara Islam sebagaimana yang pernah ditegakkan di zaman Rasulullah saw? Atau Umno pun lebih kurang Karpal juga atau bagaimana?
Bagaimana pula MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerabat Umno dalam BN? Terbukti mereka semua menolak konsep Negara Islam lalu apa beza antara mereka dengan Karpal?
PAS sedar dan akur penolakan konsep Negara Islam oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia, kerana itu PAS menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan. Kata Karpal yang menjadikan negara yang diperintah Umno ini sekular kerana peruntukkan Perlembagaan demikian. Karpal dan yang lain perlu faham bahawa Perlemabgaan Negara bukan Kitab Allah yang tidak boleh dipinda.
Bagi PAS amalan demokrasi diterima sebagai jalan untuk melangsungkan tuntutan perjuangan ini. Jika berpeluang amalan demokrasi yang digunapakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara sebagaimana yang berlaku di Kelantan.
Karpal adalah kawan PAS sebagaimana Soi Lek, Tsu Koon dan Samy adalah kawan Umno. PAS Berkawan dengan Karpal tetapi tidak sekali-kali menjual tuntutan Allah swt, Umno bagaimana?
Allah swt berfirman:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al Maidah:49)
Ayat ini terkena atas semua umat Islam, PAS, Umno termasuklah kawan-kawan di Utusan, lantas adakah Negara Islam hanya retorik kita?
Harakahdaily/-

1 ulasan:
sebagai orang islam kita kena terangkan kepada mr karpal. dia tidak perlu bersunat bila kita laksanakan islam, dia tidak perlu masuk islam kalau kita laksanakan hukum islam, dia tidak perlu pergi masjid kalau kita laksanakan hukum islam dan dia tidak akan dihukum dengan undang-undang islam sekiranya dia buat salah. dia kena faham, islam hanya untuk orang islam. ini karpal kena faham. puak umno pula jangan beri orang bukan islam keliru tentang islam. jangan lebih sudu dari kuah pulak.
Catat Ulasan