07 Julai 2010

PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MELAYU MALAYSIA DI ADELAIDE, DI ISLAMIC DAKWAH CENTRE OF SOUTH AUSTRALIA (IDCSA), PADA 9 JUN 2010

23 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Kepada :
Al Fadzil Sabihul Samaah
Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak,
Pejabat Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh.

Perkara di atas adalah dirujuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah(mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.(Surah Al-Hajj: Ayat 77)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang di lihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana(Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita”jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg.Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan.Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa
lain daripada umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang Mufti,peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana
pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg.Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang
diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini.Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf Tan Sri, umur dah 70 tahun lebih, tak cukup ke kemewahan dunia yang telah di perolehi? Kalau ia pun Mufti mendapat keistimewaan sebagaimana yang diperolehi oleh EXCO kerajaan negeri sanggup kah mengenepikan ajaran/tuntutan al Quran? Kemana perginya Bal'am Ba'ura yang diketahui umum akan kisahnya. Bertaubatlah sebelum terlewat, walau pun seusia itu dah dikira lewat.

Tanpa Nama berkata...

Mufti sepatutnya lebih arif tentang agama dan amat takut kepada Allah s.w.t. Mufti dunia amat takut kepada pemerintah dan sanggup meringankan perintah Allah...Mungin mufti tersebut termasuk dalam golongan ini....

Tanpa Nama berkata...

Mufti Perak ini telah banyak diuji Allah untuk dianugerahi syurga namun memilih untuk menolaknya. Beliau memilih dunia dari akhirat, sanggup menafikan kebenaran didepan matanya dengan berbagai alasan untuk mengiakan tindakan 'bos-bos'nya atau pun tindakannya sekali. Di banyak tempat kini dia jadi pencacai lebih sudu dari kuah. Judi ke, kerja khurafat pemimpin ke, semuanya dia bersekongkol. Yang penting baginya harta dunia......