07 Julai 2010

Mengapa hanya peneroka pertahankan Felda?

23 Rejab 1431 H
Oleh: Angkasanuri

Sehari dua ni Umno-BN dapat modal baru untuk menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam isu Felda bankrap. Selama ini seluruh dunia tahu, peneroka Felda umpama 'Fixed deposit' atau tali hayat kepada Umno-BN.

Sejarah pilihan raya di negara ini dan pengalaman saya sendiri terlibat dalam mengendalikan jentera pilihanraya dalam dua siri pilihanraya umum di peringkat DUN, kawasan Felda diakui masih lagi 'karat biru' dengan pengaruh Umno-BN.

Walaupun Generasi kedua dan ketiga Felda sudah mula menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat.Antara faktor peneroka generasi pertama khususnya takut menyokong Pakatan Rakyat kerana bimbang tidak mendapat hak milik tanah, disekat pelbagai bantuan atau diugut disingkirkan dari rancangan Felda.

Ini merupakan modal Umno-BN setiap kali pilihanraya. Semua ini menyebabkan peneroka Felda diumpamakan seperti dicucuk hidung terpaksa mengikut sahaja arahan pihak pengurusan Felda untuk menjayakan agenda politik Umno.

Maka tidak hairanlah peneroka Felda mudah dikerah dan diarah untuk hadir ke program Umno atau apa sahaja program tajaan Umno. Misalnya dalam isu didedahkan oleh Suara Keadilan tentang Felda bangkarap, maka sekali lagi peneroka di merata ceruk diperalatkan untuk menyatakan sokongan kepada Umno dan memprotes PKR.

Apa yang peliknya, saya tidak pula melihat pihak pengurusan tertinggi Felda mempertikaikan kenyataan Suara Keadilan bahawa Felda bankrap. Adakah ini semua menunjukkan bahawa pihak pengurusan Felda sendiri mengakui dana Felda digunakan sesuka hati untuk menjayakan agenda politik Umno-BN? Atau semua ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Felda sudah cukup meluat dengan kerakusan Umno mengikis duit Felda?

Saya difahamkan maklumat penyalahgunaan dana Felda dimaklumkan oleh pihak atasan Felda sendiri. Jika benar Felda tidak bankrap mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani menyahut cabaran Exco Pemuda PAS, Saudara Mazlan Aliman yang juga pengerusi ANAK untuk berdebat secara terbuka? Semua ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyalagunaan dan penyelewengan dana Felda memang benar-benar berlaku.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

DNEO berkata...

Saya tak nfikan FELDA telah menyelewengkan hak peneroka FELDA malah pendapat saya FELDA telah menyalahgunakan wang peneroka sebagai contoh:

1; Dalam isu tanam semula setiap peneroka getah mendapat dana dari peruntukan tanam semula sebanyak RM6000.00/ekar(hak untuk setiap pekebun kecil dibawah peruntukan RISDA) ini adalah hasil dari potongan ses yang diwajibkan oleh penoreh getah untuk dana penyelidikan dan pembangunan industri getah untuk masa depan. Setiap peneroka mempunyai 10 ekar tanah maknanya mereka memperolehi wang tanam semula sebanyak RM60,000.00, bayanangkan berapa banyak duit yang deperolehi oleh FELDA dalam tanam semula untuk peneroka felda getah seluruh Malaysia. Mengapa? susut nilai wang FELDA dikaitkan dengan wang yang banyak dalam tanam semula, saya kira pada ketika ini wang tanam semula banyak pada getah kerana getah lebih awal daripada sawit.

Disamping itu pula peneroka getah memperolehi hasil dari kayu getah bila ditanam semula yang mana hasil dan keputusan dikawal oleh FELDA tentang perolehannya.

MANA PERGI WANG TERSEBUT??????????

2. Peneroka FELDA teleh dijanjikan tanah 10 ekar semasa menjadi peneroka melalui perjanjian dengan segala kos pengurusan dan tanah dibayar oleh peneroka melalui potongan hasil.Peneroka tidak dimaklumkan berapa jumlahnya sehingga hampir 25-30 tahun baru selesai. Semasa memperolehi GRAN ianya tidak menjadi kenyataan kerana bukan semua peneroka mendapat 10 ekar ianya adalah berbeza antara 5-10 ekar bergantung pada peneroka yang gagal dimaklumkan FELDA kepada peneroka asas penentuannya. Walaubagaimana pun saya kira kos pengurusan dan kos tanah adalah berdasar pada 10 ekar kerana penentuan jumlah ekar diketahui selepas pembayaran dilunaskan sepenuhnya(25-30thn kemudian).

SEGALA KOS KEGAGALAN FELDA DALAM PENGURUSAN TANAH DITANGGUNG OLEH PENEROKA????????????????

Inilah dua contoh kecil yang dikira sebagai penyelewengan dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan diruangan ini seperti subsidi baja kepada pekebun kecil yang menjadi hak semua pekebun kecil, pengurusan kebun dan pengurusan kebun tambahan yang amat mencurigakan dan boleh dipertikaikan ketelusannya. Ini tidak termasuk lagi penyelewengan pegawai FELDA besengkongkol dengan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR).

Inilah dia PENYELEWENGAN FELDA dan tuhan tujukan sekarang malah mungkin inilah cara FELDA untuk menutup segala kelemahan setelah dicadangkan untuk bergaung denga FELCRA dan RISDA yang akan menjadi seperti kerugian SIME DARBY.

Tidak kurang juga dengan FELCRA keran banyak kebun peduduk kampung yang tegadai kerana mereka hanya tidak pandai membaca dan menulis?????????????????????

DAN SEKARANG SEGALA MASAALAH TERSEBUT HENDAK DITUTUP DENGAN KENYATAAN "TAKAN SYARIKAT KERAJAAN SANGGUP HENDAK MENYELEWENG DUIT PENEROKA" INILAH DIA LIHATLAH SEKARANG BAGAIMANA SIME DARBY HABIS WANG RAKYAT.