4 Muharram 1431
Saya menulis dalam Facebook pagi ini seperti berikut
"Assalamualaikum.... Agak lama tidak menulis disini, apapun saya mengharapkan dalam masa mendatang untuk cuba berhubung dengan rakan-rakan dalam facebook . Sebenarnya saya sangat teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat berjaya mengadakan Konvensyen nya yang pertama, Alhamdulillah saya salah seorang dari pesertanya, mengikuti konvensyen dari pagi sehinggalah tamat program.
Diawal program saya menitiskan airmata dalam kegembiraan dan kebanggaan yang amat sangat melihat kejayaan besar itu.
Semasa bersiap untuk meninggalkan hotel penginapan dengan keluarga, saya tunjukkan kad peserta kepada anak-anak, kata saya "ini adalah satu catatan sejarah politik Malaysia", Anak bongsu yang sering mengungkapkan "BN jahat" cuma menjawab ringkas "cheewahh...semangat...."
Rupanya hari bersejarah itu langung tidak mendapat dalam berita yang dipaparkan oleh media yang pro-BN seperti Utusan dan Berita Harian.
Saya cuba meneliti laporan edisi intrernet dan tidak menemukan laporan mereka mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat itu.
Apapun saya pun tidak hairan dengan tindakan itu kerana saya sangat yakin bahawa kejayaan ini telah tersebar luas dalam banyak media lain, walaupun kedua media itu masih mah mengekalkan sikap yang tidak cerdik dalam memberi laporan berita kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang sebenar.
Malah saya yakin rakyat telah punya sikap dan pandangan bahawa kalau hendakkan maklumat yang sebenar jangan cuma baca dua media "jahat" itu.
Bagi saya mungkin jika ada arahan yang dianggap ada keuntungan jika tidak menyiarkan kejayaan Pakatan Rakyat itu, namun apakah cerdik dengan berita pertelagahan semasa sendiri mengenai perebutan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang.
Selain itu saya ucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang memberi liputan muka hadapan mengenai Konvensyen bersejarah itu, walaupun selain itu secara lebih adil memberi ruang kepada beberapa "pecacai" yang memberi komen mengenai Konvensyen itu.
Ditambah lagi sejak lama lagi saya melihat, perkataan 'Pakatan Rakyat" tidak digunakan secara meluas dalam dua media pro-UMNO/BN itu dan mereka terus menerus menggunakan kalimat pakatan pembangkang yang sebenarnya sudah hampir terpadam dalam peta politik Malaysia.

6 ulasan:
biarkan mereka terjun dengan labu labu nya
Rugi dua perkara.Pertama tidak hadir Konvensyen Rakyat ,kedua juga tak hadir seminar bloggers.
Allah akan sentiasa bersama2 orang yang sabar...
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!!KITA PASTIKAN MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG.
INI MENUNJUKKAN 'KATAMBOQKAN' MEDIA UMNO!!!
Saya bukanlah pelanggan tetap Sinar Harian. Suatu pagi saya bertanya kepada seorang penjual akhbar sama ada terdapat akhbar berkenaan digerainya. Tapi dia memaklumkan bahawa dia tak menjuar SH kerana katanya akhbar tersebut sekejap ada sekejap tak ada. Aneh juga selepas itu hanya berselang beberapa minit saja saya dapat melanggan SH di tempat lain pula. Saya faham dengan sikap penjual akhbar itu yang hanya menjual akhbar yang pro BN sahaja.
Catat Ulasan