KUALA LUMPUR, 7 Ogos :-Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.
Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.
Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.
Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.
Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Sebaik pertuduhan dibawakan, Anwar yang berdiri di kandang salah berkata: "Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan