13 November 2009

ADUN turun tinjau masalah banjir

Drs. Khalil meninjau keadaan banjir dilokasi Hadapan SMK Methodist dan SMNK Panglima Bukit Gantang di Jalan Sekolah Parit Buntar pagi tadi.


PARIT BUNTAR, 12 Nov.:- Hujan lebat yang turun hampir sepanjang malam tadi memberi kesan kepada penempatan di sekitar Parit Buntar apabila kebanyakan kawasan yang kedudukannya lebih rendah menjadi kawasan takungan air dan mengalami banjir kilat disekitar DUN Titi Serong. Demikian komen awal ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham apabila ditemui sebaik sahaja sepagi suntuk beliau turun padang meninjau permasalah itu di dalam DUNnya hari ini.

Menurut beliau lagi sepanjang lawatan itu beliau mendapati banyak longkang dan parit yang tidak dibersihkan dan tersumbat dengan sampah sarap. Selain itu katanya terdapat parit yangditumbuhi dengan rumput sehingga menganggu perjalan air seperti yang didapati disenjang jalan di kawasan kampung Kedah.

"Saya mendapati kebanyakan parit dan longkang adalah kecil dan tidak mampu untuk menampung kawasan taman perumahan dan penempatan yang berkapasiti besar", Jelasnya

Drs. Khalil juga berpandangan kawasan sekitar Parit Buntar yang dilanda banjir kilat adalah kawasan yang lebih rendah dan seolah menjadi tempat takungan air bila berlaku hujan lebat.

"Saya merayu kepada pihak agensi yang terbabit untuk mengambil serius masalah ini kerana ianya sudah lama menjadi persoalan masyarakat setempat bila saja berlaku hujan" Katanya.

"Seingat saya perkara ini telah saya ajukan dalam soalan sidang DUN semasa Pakatan Rakyat masih berkuasa dan Kerajaan negeri pada masa itu telah berjanji untuk mengabil tindakan yang sewajarnya dalam bajet 2010" Dedah khalil bila titanya apakah tindakan beliau sebelum ini.

Bila ditanya perkembang permohonan itu, beliau menyatakan tidak dapat menjawab perkembangan sebenar kerana kuasa politik berada tangan BN yang merampas kuasa di Perak sejak Februari lepas. namun berdasarkan kemapuan kerajaan negeri semasa mengajukan permohonan satu masa dulu, Drs. Khalil menganggap sepatutnya masalah perparitan di Parit Buntar sudah boleh diselesaikan dalam tahun 2010 ini.

2 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

pembangunan terlalu banyak beginilah keadaan berlakunya sejak tahun 1990 di pusat bandar,belah pembukaan tanah perumahan dibelah hotel damai parit buntar, taman pekaka nibong tebal dan usm belum bangun lagi tidaklah melakukan banjir sebegitu kritikalnya.


tazkilah pendek:
politik-politik juga kesedaran harus ambil berat untuk menjadi iktibarnya.
inilah salah satu tanda hari kiamat kecil untuk satu kesedaran bagi umat Islam yang sentiasa melupakan diri untuk seluruh dunia.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.