13 November 2009

Pemuda PAS Perak gerakkan misi bersih rumah mangsa banjir

LENGGONG, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak telah telah menggerakkan ahli mereka membantu dalam membersihkan kediaman mangsa banjir yang melanda kawasan itu baru baru ini.

Program amal yang diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh itu telah berjaya membersihkan lebih 50 buah kediaman di kawasan tersebut.

Turut menyertai misi bantuan itu Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong Ustaz Abdul Karim Mahmud.

Program tersebut asalnya telah dicetus Dewan Pemuda PAS Lenggong sendiri dengan dibantu Pemuda Negeri itu.

"Saya telah mengarahkan supaya jentera Unit Amal menjadualkan tugas untuk membantu penduduk di sini," jelas Salman yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS.

Di Lenggong sahaja hampir 200 buah rumah terjejas teruk akibat banjir yang melanda negeri itu baru baru ini.

Sehubungan itu, misi pemuda PAS ini adalah sebagai bantuan meringankan beban mangsa yang terlibat.

HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa persepsi yang menyatakan PAS akan kalah teruk pada PRU akan datang tetapi kalau semua pemimpin PAS buat macam PAS di Lenggong nie, persepsi itu akan bertukar...

D'ayo

Tanpa Nama berkata...

prof abu hasan kata kalu tolak persepsi adalah primitif... saya kata kalau percaya persepsi buat kita susah hati... saya kata kalau percaya persepsi kita akan bermusuhan.. pendek kata kalau persepsi jadi ukuran kita tak berani buat keputusan, sebab kalau 1000 orang bermakna ada 1000 persepsi...

man berkata...

pengacau yang nyata telah jejaskan pas sejsk 2 menjak ni... aku rindu imej pas yg amat sederhana macam zaman 80 dulu,,ape pun aku tetap bertakbir dan membangun bersama islam...moga ALLAH limpahkan rahmatnya pada TGNA dan saf pemimpin PAS seraya memenangkan ISLAM dalam PRU nanti

TAKBIR