13 November 2009

Parlimen rakam takziah kepada MP Tumpat

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Speaker Dewan Rakyat hari ini mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tumpat atas pemergian isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan oleh sendiri oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia di dalam Dewan Rakyat pagi tadi setelah dimaklumkan oleh Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) sebelum mengajukan soalan ketika sesi jawab lisan..

"Saya mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tumpat semoga bersabar dan marilah sama kita sedekahkan al-fatihah serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat," katanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan juga turut mengucapkan rakaman penghormatan yang sama, sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh Nizar berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 yang diaplikasi melalui NIOSH.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus telah menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini. Beliau mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan, sepanjang perkongsian hidupnya dengan Allahyarhamah.

HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan: