BENTONG, 11 Nov: Parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu membina kekuatan dalam usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional jika mahu perubahan politik berlaku bagi membina kesejahteraan rakyat kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Berucap di hadapan ribuan pendengar pada ceramah sempena penutupan rasmi Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini semalam Presiden PAS itu menambah dengan penyatuan usaha kesemua parti Pakatan Rakyat berkerjasama Umno Barisan Nasional akan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah.
“Pakatan rakyat mesti bersatu dalam menghadapi Umno BN. Kalau PAS saja bertindak tak boleh berubah. Kalau DAP saja tak boleh, PKR saja tak boleh. Kita mestilah bersatu," tegasnya.
Tambah Abdul Hadi, Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu mencapai kemenangan walau pun menghadapi amalan demokrasi yang tidak adil dan berat sebelah.
“Di negara barat rakyat menjadi hakim bagi menghukum parti pemerintah yang membuat kesilapan. Rakyat mereka cerdik, rakyat menjadi hakim, pilihanraya adalah mahkamah sementara media menjadi saksi yang adil. Di negara kita media berat sebelah. Bagaimana media boleh menjadi saksi kalau berat sebelah.
“Macam main bola, padang mereka disebelah atas kita duduk disebelah bawah. Pintu Gol kita besar, pintu gol dia sempit. Pintu gol kita sudahlah besar, penjaga gol pula diikat kaki. Pintu gol dia buat sempit. Dalam keadaan macam itu pun kita boleh menang, inilah keistimewaan kita. Kalau sama rata dah lama Umno ni bungkus,” katanya disambut sorakan gemuruh para pendengar.
Turut berceramah bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar, Pemimpin DAP Pahang, YB Leong Ngah- Ngah dan Pengerusi PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.
HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:
Assalammualaikum YB,
Saranan ini memang konsistan dgn objektif pakatan...
klu pun ada selisih pendapat antara PAS, PKR, DAP itu adalah perkara lumrah utk dlm process suaikenal bagi satu pakatan yg sgt baru...
Biar perselisihan berlaku sekarang jadi ia boleh mematangkan pakatan.....dan lebih memahami..
klu senyap sgt...nanti orang luar pun bising jugak kata rumah tak de penghuni...
tapi kena kerap berkomunikasi supaya sebarang kenyataan adalah berlandaskan kesefahaman dan kebenaran...
Dlm perjuangan pakatan ini...harap suma wakil bole bezakan antara kritikan/aduan yg rational dan kritikan/aduan yg emosional
setiap permasalahan kena diselesaikan pd umbi nya dan dgn pencegahan bukan dgn rawatan / subsidi
ikhlas, NR
Catat Ulasan