8 Rejab 1433H. [MOD] -
PORT DICKSON – Perasaan resah yang dialami seorang penduduk dari Taman Intan Perdana, di sini, akhirnya terjawab apabila rumahnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dalam satu kejadian, pada jam 7.30 pagi, semalam.
Menurut Ziadi Jamaluddin, 49, ketika kejadian, dia berada di parkir kereta berdekatan rumah kerana mahu keluar bekerja sementara tiga anaknya berusia antara 14 hingga 21 tahun masih tidur.
Katanya, menurut siasatan yang dijalankan polis, kenderaan yang dipandu seorang wanita yang juga merupakan penghuni taman berkenaan berkelajuan lebih 100 kilometer/ jam (kmj) berdasarkan kesan rempuhan tersebut.
“Apa yang lebih memeranjatkan, pemandu berkenaan merupakan pen-duduk taman ini juga. Ketika itu, saya lihat keadaan mangsa agak serius dengan kepalanya berlumuran darah selain kelihatan sesak nafas.
“Kemudian, saya memaklumkan insiden berkenaan kepada anak mangsa di rumahnya dan anaknya sendiri tidak mengetahui ibunya mahu ke mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Ziadi, laluan di hadapan rumahnya bukan laluan utama tetapi sekadar laluan alternatif. Oleh sebab itu, tidak banyak kenderaan melalui hadapan rumahnya lebih-lebih lagi ia terletak di hujung taman.
Sementara itu, isterinya, Rosie Mohd Jamil,45, berkata, ketika kejadian dia berada di bilik air dan turut terdengar bunyi dentuman kuat dari depan rumahnya.
“Dua, tiga hari kebelakangan ini memang saya berasa resah seperti ada yang tidak kena lebih-lebih lagi kami akan mengadakan majlis pernikahan anak perempuan pada hujung minggu ini, di sini.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua anak-anak selamat. Saya anggap ada hikmah di sebalik kejadian ini dan reda dengan ketentuan- Nya,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapat rawatan lanjut.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan