29 Mei 2012

Organ, tulang milik manusia

8 Rejab 1433H. [MOD] -

SEBUAH bot panjang menyusuri Sungai Linggang di kawasan Peter dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya pada Selasa lalu di Engkilili, Sri Aman semalam.

SRI AMAN - Cebisan organ serta serpihan tulang yang ditemui ketika operasi mencari seorang remaja, Peter Heerema Sadan, 13, yang hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini Selasa lalu disahkan adalah milik manusia.

Ketua Polis Daerah Lubuk Antu, Deputi Superintendan James Johnathan berkata, pihaknya menerima laporan pengesahan tersebut daripada Hospital Sri Aman pagi semalam.

Beliau berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik ibu mangsa, Janti Derin, 34, juga telah diperoleh bagi tujuan ujian mengesahkan sama ada tulang dan organ tersebut benar-benar milik mangsa.

"Kita akan mengetahui keputusan tersebut dalam masa dua bulan setelah ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia Hospital Umum Sarawak.

"Meskipun cebisan organ berupa usus dan serpihan tulang bahagian bahu itu belum disahkan milik Peter, keluarga mangsa menyatakan hasrat untuk mengkebumikannya mengikut adat masyarakat Iban," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

kosmo/-

1 ulasan:

belogkiter berkata...

Takutnya di baham buaya.. minta dijauhkan