8 Rejab 1433H. [MOD] -
KLUANG - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sekitar daerah ini dalam serbuan dibuat di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasar Sri Lalang, dekat sini, pada 18 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 10.10 pagi.
Menurutnya, suspek ditahan berumur 44 tahun dan berasal dari Muar.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis berjaya merampas 1,000 biji pil erimin 5 yang mempunyai berat kasar 265.16 gram dan 110 biji pil Estacy dengan berat kasar 31.83 gram.
“Suspek datang ke daerah ini hanya untuk mengedar dadah tersebut dan dipercayai dia sudah lama melakukan kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam
Abdul Majid berkata, suspek disiasat di bawah dua seksyen iaitu Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar pil eramin yang memperuntukkan hukuman gantung ampai mati, jika sabit kesalahan.
“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki pil estacy, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan