8 Rejab 1433H. [MOD] -
JAKARTA - Berikutan laporan penemuan beberapa bahagian tubuh manusia yang dipercayai serpihan mayat penumpang pesawat awam Sukhoi Superjet 100 bersama barang-barang milik mereka di lereng Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, satu pasukan mencari dan menyelamat memulakan operasi ke tempat berkenaan pagi Selasa.
Pasukan yang dianggotai tentera, polis, sukarelawan dan penduduk tempatan itu akan terus ke tempat berkenaan sebagaimana yang dilapor sekumpulan pencari hasil hutan dari Cicurug, Sukabumi pada Isnin.
Komander Tentera Wilayah Suryakencana, Bogor, Kolonel Putranto berkata di Sukabumi, pasukan SAR itu diharap dapat mengeluarkan semua sepihan mayat bersama barang-barang milik penumpang itu dalam masa sehari.
"Kami sudah berkoordinasi dengan Hospital Polis Indonesia Keramat Jati di Jakarta untuk mengenalpasti milik siapa serpihan mayat itu," kata Putranto.
Beliau tidak menolak kemungkinan serpihan mayat dan barang-barang milik mereka itu beralih ke tempat lain kerana pada hari terakhir operasi SAR oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) baru-baru ini, hujan lebat turun di kawasan itu dan ada kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh.
Pada Isnin, Ketua Persatuan Masyarakat Pengelola Hasil Hutan Bukan Kayu Indonesia (AMPHHBKI) cawangan Sukabumi, Junaidi Abdullah berkata sekumpulan anggota mereka menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang pesawat itu ketika mencari hasil hutan berhampiran tempat kejadian sepanjang seminggu lepas.
Mereka yang baru keluar dari hutan pada Sabtu lepas membawa beberapa dokumen pengenalan penumpang pesawat itu untuk dijadikan bukti penemuan dan nama-nama di dokumen itu ternyata merupakan mereka yang tersenarai di antara 45 penumpang pesawat berkenaan.
Mereka mendakwa menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang itu di kawasan kira-kira 500 hingga 700 meter dari tempat kejadian.
Pesawat awam Sukhoi Superjet 100 terhempas di Gunung Salak pada 9 Mei ketika dalam penerbangan demonstrasi, mengorbankan kesemua 45 penumpang dan anak kapalnya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan