8 Rejab 1433H. [MOD] -
ISTANBUL – Mahkamah Turki hari ini mengenakan tuduhan secara rasmi ke atas empat pegawai kanan tentera Israel berhubung insiden rejim itu menyerang kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara dua tahun lalu menyebabkan sembilan aktivis negara itu terbunuh.
Misi kemanusiaan itu dalam perjalanan ke Gaza untuk membantu rakyat Palesitn.
Bekas ketua staf tentera, Gabi Ashkenazi dan bekas ketua risikan tentera, Mejar Jeneral Amos Yadlin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Eliezer Marimm dan ketua risikan tentera udara, Brig Jeneral Avishai Levi akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
Sembilan aktivis pro-Palestin terbunuh apabila diserang oleh angggota tentera yang menyerbu Mavi Marmara.
Mahkamah Tinggi Jenayah Ketujuh Istanbul hari ini secara sebulat suara menerima pertuduhan yang dikemukakan minggu lalu oleh pendakwa raya Turki, demikian menurut akhbar bahasa Inggeri Turki, Today’s Zaman.
Ketika itu misi tersebut turut disertai oleh beberapa rakyat Malaysia.
Pendakwa raya mahu keempat-empat pegawai itu berhadapan dengan hukuman penjara sepanjang hayat, demikian menurut agensi berita Turki, Anatolia.
Israel enggan bekerjasama dengan Turki dalam mengenakan tindakan pendakwaan berhubung kejadian itu.
Jika mereka disabitkan kesalahan, mahkamah Turki boleh mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
Kapal itu dihalang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perlawanan ke arah Gaza pada 31 Mei 2010.
Insiden itu telah menjejaskan hubungan diplomatik antara Turki dan Israel.
Laporan dua tahun lalu menyebut bahawa 12 orang rakyat Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel.
Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Pada September lalu, Turki mengancam untuk membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague berhubung tindakannya ke atas kapal itu.
Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan