05 February 2014

Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuh

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuhAhli keluarga melihat gambar mangsa (gambar kecil) dalam telefon bimbit di Kampung Tenglu Laut, Mersing. - Foto Ikhwan Muhamad
Kluang: Seorang lelaki bukan saja enggan membayar tambang teksi kira-kira RM100, tetapi menikam sampai mati pemandu teksi yang dinaikinya, dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Mersing-Kluang dekat Kahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari kelmarin, suspek berusia 35 tahun dikatakan menaiki teksi mangsa, Ahmad Zaudin Adon, 60, dari sebuah hotel di Mersing untuk ke Kluang.

Bagaimanapun, suspek dikatakan enggan membayar tambang dan bertindak menyamun, mengelar lengan dan menikam perut mangsa sebelum melarikan diri. Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam sebelum melaporkannya kepada polis. 

Bagaimanapun suspek yang juga bekas penagih dadah berjaya ditahan polis kira-kira empat jam selepas melakukan jenayah itu di Kampung Sri Cahaya di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan tangkapan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek menunjukkan tempat dia menyerang mangsa dan polis menemui kesan tompokan darah serta cebisan daging mangsa di situ,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, suspek juga didapati menyamun mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. 


Anak mangsa, Mohd Firus Ahmad Zaudin, 32, sebelum kejadian, ayahnya meminta untuk memindahkan penama permit teksi.BH/-

No comments: