05 Februari 2014

PRK Kajang: Hari Mengundi 23 Mac

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN Kajang di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu.
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditetapkan pada 23 Mac manakala tarikh penamaan calon ialah pada 11 Mac.
Tempoh berkempen adalah selama 12 hari.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK Kajang di sini, Rabu.
Sebanyak 18 pusat mengundi disediakan bagi PRK Kajang iaitu tiga bagi undi awal dan 15 untuk pengundian biasa.
Kerusi DUN Kajang diisytiharkan kosong selepas Adunnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lalu.
PRK Kajang adalah yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Dua PRK sebelum ini ialah bagi DUN Kuala Besut di Terengganu yang diadakan pada 24 Julai tahun lalu diikuti DUN Sungai Limau, Kedah pada 4 November.
Kedua-dua kekosongan di kerusi tersebut berlaku setelah kematian penyandangnya.

Tiada ulasan: