08 Mei 2010

Wahai Mufti Perak, halalkah lesen judi kerajaan BN?

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mutaligat

Kerajaan BN memang tidak pernah memandang halal atau haram sesuatu perkara yang dilakukan yang penting duit 'masyuk'. Sebab itulah lesen judi terus dikeluarkan walaupun yang sedia ada sudah melimpah ruah.

Sehari dua ini kemungkinan besar satu lagi lesen judi akan diluluskan.

Kerajaan Umno-Barisan Nasioal sedang mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kalau dilihat kepada jawapan Awang Adek ('Menteri Besar' Kelantan yang kempunan ini) kita dapat simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM.

Minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

8 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Awang Adek bapok judi....

Tanpa Nama berkata...

Mufta Harus sana sini niii...apa yg BN buat semua halal....BN tu semua maksum...sapa laaa lantik Mufta ni...menyesal aku jadi anak perak dapat Mufta ni...lebih baik takder dari ada

Tanpa Nama berkata...

bongok betul la awang adek n umno-upco,pd fahaman mereka ada judi halal ada judi haram. Tolol sungguh,kitab dan mazhab mana yg mereka ikut??

samurai68 berkata...

ape cite mufta peral al harusana sini, kite nak dengar yang mufta harusana sini ngatakan yang judi world cup coming soon ni halal kalau ada lesen, kalau tak de lesen haram, jawab le al mufta mufti harusana sini UMNO-BN ye, jangan le malu nak jawab, nak le juge dengar mufti perak buat komen, nombor ekor 4d magnum, sport toto dan lain lain judi kat negara ni halal le sebab ada lesen, kalau beli kat apek black market haram le, betol tak tuan mufta mufti harusana sini kat

Tanpa Nama berkata...

bab ni gerenti mufta tutup mulut.... halal kot

Tanpa Nama berkata...

hukum harusss klu tdk tak masuuuk

Tanpa Nama berkata...

si bodoh tu tak akan menjawab punya....sebab dia akan mula2 masuk neraka

Tanpa Nama berkata...

Mufta Harus sana sini niii..dia mgajar ajaran sesat....lagi mnyesatkan...
dah jadi tali barut bn yahudi apco..
untuk memusnahkan agama islam di malaysia ini...