01 Ogos 2013

Pemain Hoki Negara, Boon Huat Maut Kemalangan

23 Ramadhan 1434 H. [MOD]
 


Chua Boon Huat
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.
Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.
Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.
Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Tiada ulasan: