01 August 2013

Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

  • Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

    Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

    Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

    "Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi.

    Malaysiakini/-

No comments: