01 August 2013

Peniaga perabot ditemui mati ditikam

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah, malam tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.
"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran.
- BERNAMA

No comments: